“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Selasa, 11 Februari 2014
PUISI : BUMI KINANAH KEMBALI BERDARAH
Selasa, 14 Januari 2014
AKU HANYA SEORANG HAMBA
Ketika kita menyerahkan diri kepada
Allah, saat itulah dengan sendirinya kita melepaskan apapun kepentingan dan ego
kita, seraya menyeru dalam hati dan jasad kita bahwa kita adalah hanya seorang
hamba.Seterusnya, fikiran dan hidup kita akan termotivasi tentang apa yang di
redhai Allah dan sebaliknya. Ketika kita mengakui bahwa, kita hanyalah seorang
hamba, maka tidak akan ada kemurkaan dan pencelaan dariNya melainkan hanya
keikhlasan hati terhadap sebuah pengabdian, kepasrahan hati tentang sebuah takdir,
dan prasangka baik kepada sang pembuat sinetron hidupnya.
Seorang hamba adalah milik tuannya, maka
hatinya pun tidak melawan ketika sang pemiilik mengajukan garis takdir
kepadanya. Seorang hamba kemudian akan senantiasa melanjutkan hidup dengan tetap
mengabdi demi keredhaan pemiliknya, kerana memang sudah selayaknya seperti
itulah kewajibannya.Tiada yang lebih nikmat ketika menjadi seorang hamba,
selain terbebasnya kita dari rasa lebih sombong, takabbur, bongkak dan angkuh
ketika melangkah kaki di bumi ciptaan Nya ini.
Mengakui sebagai seorang hamba akan
meneduhkan hati, kerana batin senantiasa merasa tenang akibat seluruh keperluan
terasa ada yang menjamin dan tercukupi. Mengikhlaskan hati menjadi hamba adalah
sumber kedamaian jiwa. Darinya kita belajar untuk selalu rendah hati dan
penyayang. Kerana seorang hamba adalah pengikut dan pencontoh sejati tuannya.
Kerana seorang hamba tidak akan mungkin mempunyai fikiran gila untuk
menyombongkan diri dengan sesuatu yang ada padanya, yang jelas-jelas adalah
semua itu hanyalah milik tuannya.
Ketika kita menghamba, maka luluhlah
sebuah penguasaan atas diri dan menyerahkannya kepada sang pemilik kita. Ketika
kita menghamba, maka tak penting lagi pujian amal baik kita yang setinggi
gunung, kerana hati mengajarkan bahwa semua hanyalah kerana rahmat sang pemilik
kita.Dalam penghambaan, jiwa seorang hamba yang ikhlas menjadi hamba akan
selalu menangis dan merasa kurang dalam kesyukuran kepada Rabb-Nya. Kerana
itulah, dalam kelihatan atau tidaknya dari pandangan manusia, jiwanya akan
selalu terisi dengan cukup hanya Allah sahaja penolong baginya.
Wahai hamba yang dikasihi Allah,
Sesungguhnya mulia diri ini dalam
kesanggupan kita menyerah dan mendidik batin dan jiwa kita, untuk menjadi hamba
yang berserah. Tiada lagi keluh kesah, kerana damai akan selalu melingkupi
batinmu. Tiada protes apalagi episod mencaci maki jalan takdirmu, kerana
sesungguhnya kita adalah seorang hamba. Tiada hamba yang baik selain selalu
penuh terimakasih dan kesyukuran kepada pemilik kita, yang maha penyayang
kepada diri hamba- hambanya, Allah Subhanahu Wata'ala.
Jumaat, 10 Januari 2014
KEAJAIBAN ISTIGHFAR
Istighfar adalah satu lafaz yang penuh makna yang tersirat yang sukar untuk dinilai dengan mata lahiriah.Kita selalu lupa untuk beristighfar malah tak kurang dari kita yang mengambil enteng dengan keajaiban istighfar.Sebanyak-banyak ayat dalam al quran,macam-macam doa Allah sebut.Tetapi begitu banyak tempat tuhan bagitahu, istighfar memberi kesan besar ajaib pada hidup kita tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita minta ampun sahaja tetapi kita tidak bertaubat. Allah sebut dalam al quran yang bermaksud :
" Hendaklah kamu beristighfar kepada
tuhan kamu dan bertaubat kepada Nya maka Dia akan memberikan nikmat kehidupan
kepada kamu dengan nikmat kehidupan yang baik"
Ini satu jaminan dari Allah.Kadang-kadang
manusia suka mencari buku fadhilat bacaan-bacaan untuk mencari
kebahagiaan.Tiada bukti secara definitinya, tiada bukti secara
wahyunya.Istighfar !!! Allah janji dengan nas al quran.Nabi Nuh a.s beliau
hadapi kaumnya yang sangat teruk. 950 tahun beliau dakwah, namun kaumnya
menolak dakwahnya.Kita jika 5 tahun berdakwah, kalau tak jadi, kita cepat
mengalah dan berputus asa tetapi Nabi Nuh a.s 950 tahun beliau berdakwah untuk
kaumnya.Pun begitu, Nabi Nuh tawarkan kepada mereka dengan satu benda yang
boleh memadamkan semua kesalahan mereka dan memberikan fadhilat kepada hidup
mereka. Kata Nabi Nuh a.s :
" Maka aku berkata kepada mereka
istighfarlah kepada tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Al Ghaffar (Maha
Pengampun)."
Al Ghaffar kita selalu terjemahkan dalam
perkataan dalam erti kata pengampun.Tetapi Al Ghaffar bukan sahaja mengampun
kita,tetapi Allah tutup aib kita.Kalau Allah ampun dosa kita tetapi Dia buka
aib kita, kita bermasalah.Percayalah jika Allah membuka aib dosa kita maka
nescaya kita takkan mampu mentadbir alam Nya ini.Tidak ada dikalangan kita yang
bersih daripada aib dosa.Tetapi rahmat Allah,Dia Al Ghaffar.Allah ampunkan kita
dan Allah tutup keaiban dosa kita.Orang sesuci Imam Ahmad,apabila orang datang
padanya dan puji beliau, maka Imam Ahmad berkata :
"Jika kamu tahu apa yang aku ada daripada dosa dan kesalahan,nescaya kamu akan campak atas kepalaku pasir"
Apabila orang datang kepada Al Imam Hasan
Al Basri dan certita tentang masalah mereka,tanaman tidak subur,sukar mendapat
anak dan susah nak dapat rezeki,maka beliau menjawab "Istighfarlah".Orang
tanya pada Hasan Al Basri :" Mengapa engkau jawab semua soalan dengan
jawapan yang sama?? Maka Imam Hasan Al Basri menjawab : "Ini bukan aku
yang kata tetapi Allah yang kata melalui lisan Nabi Nuh a.s. Dengan
beristighfar, Allah menjanjikan kita segala-galanya.Istighfar !!!! Sesungguhnya
Allah itu Al Ghaffar, Maha Pengampun dan menutup segala keaiban dosa kita.