Istighfar adalah satu lafaz yang penuh makna yang tersirat yang sukar untuk dinilai dengan mata lahiriah.Kita selalu lupa untuk beristighfar malah tak kurang dari kita yang mengambil enteng dengan keajaiban istighfar.Sebanyak-banyak ayat dalam al quran,macam-macam doa Allah sebut.Tetapi begitu banyak tempat tuhan bagitahu, istighfar memberi kesan besar ajaib pada hidup kita tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita minta ampun sahaja tetapi kita tidak bertaubat. Allah sebut dalam al quran yang bermaksud :
" Hendaklah kamu beristighfar kepada
tuhan kamu dan bertaubat kepada Nya maka Dia akan memberikan nikmat kehidupan
kepada kamu dengan nikmat kehidupan yang baik"
Ini satu jaminan dari Allah.Kadang-kadang
manusia suka mencari buku fadhilat bacaan-bacaan untuk mencari
kebahagiaan.Tiada bukti secara definitinya, tiada bukti secara
wahyunya.Istighfar !!! Allah janji dengan nas al quran.Nabi Nuh a.s beliau
hadapi kaumnya yang sangat teruk. 950 tahun beliau dakwah, namun kaumnya
menolak dakwahnya.Kita jika 5 tahun berdakwah, kalau tak jadi, kita cepat
mengalah dan berputus asa tetapi Nabi Nuh a.s 950 tahun beliau berdakwah untuk
kaumnya.Pun begitu, Nabi Nuh tawarkan kepada mereka dengan satu benda yang
boleh memadamkan semua kesalahan mereka dan memberikan fadhilat kepada hidup
mereka. Kata Nabi Nuh a.s :
" Maka aku berkata kepada mereka
istighfarlah kepada tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Al Ghaffar (Maha
Pengampun)."
Al Ghaffar kita selalu terjemahkan dalam
perkataan dalam erti kata pengampun.Tetapi Al Ghaffar bukan sahaja mengampun
kita,tetapi Allah tutup aib kita.Kalau Allah ampun dosa kita tetapi Dia buka
aib kita, kita bermasalah.Percayalah jika Allah membuka aib dosa kita maka
nescaya kita takkan mampu mentadbir alam Nya ini.Tidak ada dikalangan kita yang
bersih daripada aib dosa.Tetapi rahmat Allah,Dia Al Ghaffar.Allah ampunkan kita
dan Allah tutup keaiban dosa kita.Orang sesuci Imam Ahmad,apabila orang datang
padanya dan puji beliau, maka Imam Ahmad berkata :
"Jika kamu tahu apa yang aku ada daripada dosa dan kesalahan,nescaya kamu akan campak atas kepalaku pasir"
Apabila orang datang kepada Al Imam Hasan
Al Basri dan certita tentang masalah mereka,tanaman tidak subur,sukar mendapat
anak dan susah nak dapat rezeki,maka beliau menjawab "Istighfarlah".Orang
tanya pada Hasan Al Basri :" Mengapa engkau jawab semua soalan dengan
jawapan yang sama?? Maka Imam Hasan Al Basri menjawab : "Ini bukan aku
yang kata tetapi Allah yang kata melalui lisan Nabi Nuh a.s. Dengan
beristighfar, Allah menjanjikan kita segala-galanya.Istighfar !!!! Sesungguhnya
Allah itu Al Ghaffar, Maha Pengampun dan menutup segala keaiban dosa kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan