Selasa, 14 Januari 2014

AKU HANYA SEORANG HAMBA


Ketika kita menyerahkan diri kepada Allah, saat itulah dengan sendirinya kita melepaskan apapun kepentingan dan ego kita, seraya menyeru dalam hati dan jasad kita bahwa kita adalah hanya seorang hamba.Seterusnya, fikiran dan hidup kita akan termotivasi tentang apa yang di redhai Allah dan sebaliknya. Ketika kita mengakui bahwa, kita hanyalah seorang hamba, maka tidak akan ada kemurkaan dan pencelaan dariNya melainkan hanya keikhlasan hati terhadap sebuah pengabdian, kepasrahan hati tentang sebuah takdir, dan prasangka baik kepada sang pembuat sinetron hidupnya.

Seorang hamba adalah milik tuannya, maka hatinya pun tidak melawan ketika sang pemiilik mengajukan garis takdir kepadanya. Seorang hamba kemudian akan senantiasa melanjutkan hidup dengan tetap mengabdi demi keredhaan pemiliknya, kerana memang sudah selayaknya seperti itulah kewajibannya.Tiada yang lebih nikmat ketika menjadi seorang hamba, selain terbebasnya kita dari rasa lebih sombong, takabbur, bongkak dan angkuh ketika melangkah kaki di bumi ciptaan Nya ini.



Mengakui sebagai seorang hamba akan meneduhkan hati, kerana batin senantiasa merasa tenang akibat seluruh keperluan terasa ada yang menjamin dan tercukupi. Mengikhlaskan hati menjadi hamba adalah sumber kedamaian jiwa. Darinya kita belajar untuk selalu rendah hati dan penyayang. Kerana seorang hamba adalah pengikut dan pencontoh sejati tuannya. Kerana seorang hamba tidak akan mungkin mempunyai fikiran gila untuk menyombongkan diri dengan sesuatu yang ada padanya, yang jelas-jelas adalah semua itu hanyalah milik tuannya.

Ketika kita menghamba, maka luluhlah sebuah penguasaan atas diri dan menyerahkannya kepada sang pemilik kita. Ketika kita menghamba, maka tak penting lagi pujian amal baik kita yang setinggi gunung, kerana hati mengajarkan bahwa semua hanyalah kerana rahmat sang pemilik kita.Dalam penghambaan, jiwa seorang hamba yang ikhlas menjadi hamba akan selalu menangis dan merasa kurang dalam kesyukuran kepada Rabb-Nya. Kerana itulah, dalam kelihatan atau tidaknya dari pandangan manusia, jiwanya akan selalu terisi dengan cukup hanya Allah sahaja penolong baginya.

Wahai hamba yang dikasihi Allah,

Sesungguhnya mulia diri ini dalam kesanggupan kita menyerah dan mendidik batin dan jiwa kita, untuk menjadi hamba yang berserah. Tiada lagi keluh kesah, kerana damai akan selalu melingkupi batinmu. Tiada protes apalagi episod mencaci maki jalan takdirmu, kerana sesungguhnya kita adalah seorang hamba. Tiada hamba yang baik selain selalu penuh terimakasih dan kesyukuran kepada pemilik kita, yang maha penyayang kepada diri hamba- hambanya, Allah Subhanahu Wata'ala.

Jumaat, 10 Januari 2014

KEAJAIBAN ISTIGHFAR

Istighfar adalah satu lafaz yang penuh makna yang tersirat yang sukar untuk dinilai dengan mata lahiriah.Kita selalu lupa untuk beristighfar malah tak kurang dari kita yang mengambil enteng dengan keajaiban istighfar.Sebanyak-banyak ayat dalam al quran,macam-macam doa Allah sebut.Tetapi begitu banyak tempat tuhan bagitahu, istighfar memberi kesan besar ajaib pada hidup kita tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita minta ampun sahaja tetapi kita tidak bertaubat. Allah sebut dalam al quran yang bermaksud :

" Hendaklah kamu beristighfar kepada tuhan kamu dan bertaubat kepada Nya maka Dia akan memberikan nikmat kehidupan kepada kamu dengan nikmat kehidupan yang baik"



Ini satu jaminan dari Allah.Kadang-kadang manusia suka mencari buku fadhilat bacaan-bacaan untuk mencari kebahagiaan.Tiada bukti secara definitinya, tiada bukti secara wahyunya.Istighfar !!! Allah janji dengan nas al quran.Nabi Nuh a.s beliau hadapi kaumnya yang sangat teruk. 950 tahun beliau dakwah, namun kaumnya menolak dakwahnya.Kita jika 5 tahun berdakwah, kalau tak jadi, kita cepat mengalah dan berputus asa tetapi Nabi Nuh a.s 950 tahun beliau berdakwah untuk kaumnya.Pun begitu, Nabi Nuh tawarkan kepada mereka dengan satu benda yang boleh memadamkan semua kesalahan mereka dan memberikan fadhilat kepada hidup mereka. Kata Nabi Nuh a.s :

" Maka aku berkata kepada mereka istighfarlah kepada tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Al Ghaffar (Maha Pengampun)."

Al Ghaffar kita selalu terjemahkan dalam perkataan dalam erti kata pengampun.Tetapi Al Ghaffar bukan sahaja mengampun kita,tetapi Allah tutup aib kita.Kalau Allah ampun dosa kita tetapi Dia buka aib kita, kita bermasalah.Percayalah jika Allah membuka aib dosa kita maka nescaya kita takkan mampu mentadbir alam Nya ini.Tidak ada dikalangan kita yang bersih daripada aib dosa.Tetapi rahmat Allah,Dia Al Ghaffar.Allah ampunkan kita dan Allah tutup keaiban dosa kita.Orang sesuci Imam Ahmad,apabila orang datang padanya dan puji beliau, maka Imam Ahmad berkata :

"Jika kamu tahu apa yang aku ada daripada dosa dan kesalahan,nescaya kamu akan campak atas kepalaku pasir"

Apabila orang datang kepada Al Imam Hasan Al Basri dan certita tentang masalah mereka,tanaman tidak subur,sukar mendapat anak dan susah nak dapat rezeki,maka beliau menjawab "Istighfarlah".Orang tanya pada Hasan Al Basri :" Mengapa engkau jawab semua soalan dengan jawapan yang sama?? Maka Imam Hasan Al Basri menjawab : "Ini bukan aku yang kata tetapi Allah yang kata melalui lisan Nabi Nuh a.s. Dengan beristighfar, Allah menjanjikan kita segala-galanya.Istighfar !!!! Sesungguhnya Allah itu Al Ghaffar, Maha Pengampun dan menutup segala keaiban dosa kita.