Bagaimana silih bergantinya siang dan malam, begitu jugalah sunnah jatuh bangunnya Islam. Beberapa ketika selepas 'pembangun' nya meninggal dunia, apa yang ditegakkan akan jatuh semula. Itulah juga yang dipesankan oleh baginda Nabi SAW sendiri. Lama sudah ura-ura serangan ke atas Mekah/Kaabah yang menjadi kiblat ummah ingin dilakukan oleh musuh agama. Kini semua hasrat itu sudah jadi nyata. Tahniah kepada tentera Saudi yang berjaya memintasnya. Itu jugalah janji Yang Maha Kuasa terhadap keselamatan RUMAH-NYA. Itulah ungkapan Abdul Muttalib penguasa kaabah sewaktu menuntut untanya.
Ingat lagi peristiwa serangan Kaabah oleh Tentera Bergajah? Ingat lagikah pesan Nabi SAW tentang tanda akhir zaman? Itulah dia fenomena serangan terhadap kaabah. Semuanya kerana persaingan mengejar kuasa dan harta. Apabila Kaabah sudah tergamak diserang, maka itu pertanda kedaulatan dan rohnya sudah mula kehilangan bisa. Pastinya ia dilakukan oleh 'pengguna' Rumah Tua itu sendiri. Itulah mereka yang seharusnya sangat menghormati dan mendaulatkan rumah itu. Ia bukannya dilakukan oleh orang 'bukan Islam' seperti yang kita sangka. Cuma keIslaman pengkhianat itu hanya pada nama sahaja, bahkan mereka jadi boneka musuh-musuh agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya dibunuh sebab Melayu. Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik, Rasulullah SAW berpesan,
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita yang tidak nampak".
Sahabat bertanya, "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?". "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi harinya Islam, petangnya kafir. Petang Islam, paginya kafir balik."
Sahabat bertanya lagi... "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".
Itulah fitnah murtad (keluar agama) yang 'tidak nyata di mata' namun sedang melata di kalangan umat kita. Agama hanya sekadar ikut-ikutan dan ditunggang untuk mendapat laba dunia semata-mata. Ilmu kosong di dada, lalu keyakinan dan akidah terhadap agama langsung tiada. Imam Ghazali pernah berkata, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Henry Ford pernah menulis berkaitan strategi Yahudi menawan dunia di dalam bukunya. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, King ke 6 juga telah berwasiat. Ia ditulis dengan tinta emas di London yang bunyinya,
"Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar. Kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang. Walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka berperang untuk mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Lancarkan perang ideologi, fahaman dan budaya ke atas mereka."
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King itu mati. 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, kemudian tumbang kerajaan Islam Pattani. Tidak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. diikuti tumbangnya kerajaan Islam Mindanao. Lepas itu kerajaan Islam Acheh. Dan begitulah tumbangnya kerajaan Islam satu demi satu.. Pemansuhan Sistem Khalifah Islamiyah di Turki pada 1924 hanya sebagai 'pengesahannya' sahaja. Itulah pertanda Islam hilang total halatuju, kuasa dan 'sengatnya'.
Gerakan Kristian berjaya berdasarkan konsep 3G (GOSPEL, GOLD, GLORY). Pertama kitab/doktrin mereka, kedua membolot kekayaan kita, ketiga misi kemenangan terhadap agama.
Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab mahukan rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier untuk sebarkan ajaran Kristian. Mereka guna gerakan halus 'garam dan ragi' dengan membawa semua mubaligh Kristian datang ke Asia. Garam sebagai perasa, Ragi untuk penapaian. Apabila ubi kayu dicampur ragi, esoknya masih lagi berbentuk ubi, tetapi sebenarnya ia sudah jadi tapai.
Maksudnya, sejak dahulu lagi dikekalkan orang Melayu dengan identiti Islam namun hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Akhirnya ia jadi agama nenek moyang yang kita jadikan ikut-ikutan. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. Yang pertama dituba ialah sistem pendidikan, kemudian dituba sistem politik dan budaya. Sistem ekonomi dan politik dirangka sedemikan rupa untuk memudahkan ‘kerja’ mereka. Umat dipancing dengan pangkat dan harta yang mereka bawa. Akhirnya mereka dapat bolot balik kesemuanya.
Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya untuk terus mengelirukan mereka. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dalam kegelapan itu mereka akan berfungsi bagaikan sebuah lampu yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya bersifat organisasi. Dapat dirasakan kesegarannya, namun ia bukan bersifat kalam. Ia dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik dan ritual.
Pendekatan begini akan memperlihatkan kebaikan mereka. Justeru ia memberi laluan agar dapat dimasukkan ajaran bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas masyarakat Islam seluruhnya. Dalam kehidupan umat yang semakin terhimpit, musuh agama datang membawa pendekatan kebajikan. Hari ini siapa tidak kenal Kelab Rotary yang cuci buah pinggang, Kelab Lion, Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans, siapa tidak kenal Palang Merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme yang mengasingkan agama daripada kehidupan dunia. Itulah kita hari ini yang sudah mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Kemudian mereka propagandakan budaya yang berunsur hiburan dan maksiat.
Sewaktu Kaabah diserang dahululah dilahirkan seorang Nabi sebagai Utusan dan Pesuruh Allah (Rasulullah). Itu pertanda bahawa agama yang ditegakkan oleh orang terdahulu telah roboh total, hilang 'sengat' dan semangatnya. Umat dan Negara Islam telah kehilangan hala tuju. Semuanya mengalami kebingungan (dhol) yang panjang kerana terlalu mementingkan dunia dan tidak bersatu lagi mempertahankan agama. Inilah berita besar (An-Naba') yang harus kita semua zikirkan semula. Fahami sedalam-dalamnya hakikat kiamat dan akhirat, hakikat jatuh berakhir dan bangun semulanya syiar agama.
Memang sudah sampai masanya. Islam harus QIAM (dibangkitkan) semula kerana kegemilangan dan keutuhannya telah berakhir. Hari ini kita semua harus dikumpulkan dan dinilai semula semua keberkesanan atau khilaf dari fahaman dan amalan lama tinggalan nenek mpoyang kita yang sudah dirosakkan oleh mereka. Kita harus ambil tindakan segera untuk menyelamatkan akidah anak cucu kita, samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali dengan hati-hati kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan