Antara misi Nabi diutuskan untuk setiap umat adalah untuk memperbaiki akhlak manusia yang hidup dengan mentaliti jahiliyah. Kerana manusia sudah hilang pedoman hidup, sudah tidak tahu nak ikut cara hidup siapa. Haq dan batil sudah bercampur aduk sebati dengan jiwa manusia. Halal dan haram bukan lagi timbangan, asal menguntung diri dan menyedapkan perut. Ke barat salah, ke timur pun salah. Dari manusia yang bertamadun manusia sedikit semi sedikit hilang maruahnya, hukum manusia dibuang lalu dipakai hukum rimba. Yang tadi manusia dah bertukar jadi haiwan. Sifat binatang itu yang bersarang menjadikan manusia sanggup buat apa saja untuk hidup. Pakaian kita semua sudah berceloreng dengan warna-warna jahiliyah. Dari lengkap berbaju dan berkain sampailah tanpa seurat benang pun melekat di badan.
Apa sahaja yang sedang berlaku hari ini sama ada melibatkan isu negara, politik, ekonomi, bangsa dan agama ianya ada jelas satu rumusan akhir zaman yang memang dah banyak kali Allah sebutkan di dalam kitabNya serta melalui pesanan demi peringatan daripada RasulNya. Itulah sunnah, satu kitaran hidup manusia yang ada masa dia di puncak kekuasaan. Ada masanya dah sampai kepada fasa berakhirnya kuasa di tangan yang haq mahupun batil. Baik atau buruk, benar atau salah yang akan mengambil alih sesuatu tampuk kerajaan mahupun kuasa, kita dapat lihat bagaimana kejahilan manusia semakin meruncing. Yang memerintah bukan lagi ahli untuk menguruskan amanah tetapi merekalah diberikan kuasa.
Pusingan zaman ini dapat dilihat dengan jelas melalui pandangan nabi terhadap masa depan ummatnya. Itulah tanda-tanda yang telah baginda 'iqra' dengan membaca kondisi akhir zaman.
Di antaranya adalah hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan, seorang pembohong dibenarkan dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dipercaya dan seseorang yang dipercaya dianggap khianat, dan saat itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada beliau, “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Beliau menjawab, “Ia adalah orang bodoh yang berbicara tentang urusan orang ramai (umat). (Riwayat Imam Ahmad)
Akan tetapi akan aku kabarkan kepadamu tanda-tandanya yaitu jika orang yang telanjang tanpa alas kaki menjadi pemimpin manusia, maka itulah di antara tanda-tandanya. (Sahih Muslim)
Di antara tanda-tanda Kiamat adalah orang-orang bodoh menguasai dunia, maka manusia yang paling baik ketika itu adalah seorang mukmin di antara dua orang mulia. (At-Thabrani)
Dijelaskan dalam sebuah hadits shahih,
“Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah Kiamat".
Bila manusia sudah 'ramadh' (panas) dengan pelbagai BAHANG penyakit dunia, ketika itu mereka akan kembali mencari PENCIPTA mereka.
Agama hanya akan bangkit dari jiwa yang mencari kebenaran lalu ditegakkan kembali untuk membesarkan Allah. Ketika itulah pakaian agama yang sebenar dipakai kembali untuk membersihkan jiwa manusia. Islam bangkit bukan kerana kepentingan diri, untuk individu mahupun kumpulan tertentu. Tetapi untuk merahmatkan sekalian alam menjadi pelindung bagi yang lemah dan tertindas untuk kembali membangunkan tamadun manusia. Politikus pula lebih sibukkan pangkat dan kuasa. Jauh sekali mereka sibukkan diri untuk turun fikir nak selamatkan pemuda-pemudi harapan bangsa. Kalau yang terlebih cerdik, budak-budak inilah yang dipergunakan untuk penuhkan perhimpunan mereka. Anak-anak inilah yang jadi mangsa keadaan, pergi tak tahu punca. Yang penting ada upah dan boleh buat duit belanja.
Terlalu banyak tanda-tanda kita sudah pun menuju kepada penghujung zaman. Cuma manusia memerlukan akal untuk melihat dunia ini dengan lebih jelas melalui kitab Allah dan sunnah yang sebenar. Semoga kita tidak menjadi si jahil agama dengan melawan Allah secara terang dan berdepan, lalu menjadi si Abu Jahal yang mencabar kitaballah dan sunnah rasul.
Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia, dan tiada memahaminya kecuali orang-orang yang BERILMU. Al ‘Ankabut 43
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang PALING TAQWA diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. AlHujuraat 13
Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan PAKAIAN indah sebagai perhiasan. Sedangkan PAKAIAN TAQWA itulah yang lebih baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Al A'raf 26
Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Robbmu agungkanlah. dan PAKAIANMU bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah. AlMudatsir 1-5
Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang ketua negara akan diminta bertanggungjawab perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Seorang pembantu rumah yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) dari hal yang dipimpinnya. (HR. Bukhari, Muslim).
Semoga Al Quran dan As Sunnah senantiasa menjadi petunjuk dalam kehidupan seharian kita. Ingatlah, kepada Nya lah kita datang, dan kepada Nya jualah kita akan kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan