Masalah kekeliruan gender
semakin mendapat perhatian ramai masyarakat di Malaysia ketika
ini. Jika di
luar negara, isu ini
sudah menjadi kebiasaan
dan golongan ini telah
diangkat ke tahap
yang perlu dihormati
sehingga perkahwinan sesama jenis
adalah dihalalkan di sana. Berbeza dengan masyarakat di Malaysia,
kerana di sini
kita masih mempunyai
agama dan adat
resam yang perlu dipatuhi oleh setiap kaum di
Malaysia. Di Malaysia juga, golongan
ini diselar, dipandang
serong dan mendapat tentangan sepenuhnya oleh masyarakat
sehingga pihak atasan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Pelbagai gelaran diberikan kepada golongan
manusia yang mempunyai kekliruan gender
ini dan golongan seperti
ini dinamakan Lesbian
Gay Biseksual Transgender (LGBT).
Sejak akhir-akhir ini, gejala
berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara
dalam kelompok masyarakat
di negara ini.
Ia sering menimbulkan pelbagai reaksi
anggota masyarakat, malah
menjadi punca kepada
konflik sesama mereka. Hakikatnya,
telah wujud sekelompok
anggota masyarakat yang
secara terang-terangan telah menerima
dan mengakui diri
mereka sebagai pengamal kepada aktiviti
ini yang lebih
dikenali sebagai lesbian,
gay,biseksual dan transgender
atau LGBT. Dalam menangani gejala ini,
sudah pasti wujud di kalangan masyarakat
yang membantah, mahupun
yang menyokongnya, atau
tidak berpihak kepada mana-mana
puak. Namun bagi
masyarakat yang berpegang
kuat kepada ajaran agama, malah
juga bagi kebanyakan
mereka yang berpegang
kepada nilai-nilai murni
adat resam kehidupan,
sudah pasti menolaknya
dan melihat ia
sebagai satu gejala yang
tidak bermoral, menentang
ajaran agama, dan
menyalahi aturan fitrah dan
tabi‟i.
Pada zaman globalisasikini
banyak faktor yang mampu meruntuhkan institusi sosial atau moral manusia dengan sekelip mata
sahaja. Pelbagai pendekatan
yang digunakan oleh individu
yang tidak bertanggungjawab yang
mampu menyebabkan manusia terus
hanyut di dalam
dunia yang tidak
bermoral demi keuntungan
diri sendiri. Banyak perkara yang dahulunya dianggap devian kerana
melanggar norma masyarakat tetapi tidak lagi kini kerana menganggap ia perkara
normal kerana arus modenisasi. Tidak dapat dinafikan juga bahawa pengaruh budaya barat merupakan salah
satu faktor utama
yang menyebabkan terjadinya LGBT di
Malaysia. Budaya barat dianggap sebagai
budaya yang berpengaruh
dalam kehidupan masa
kini. Bagi masyarakat Barat, LGBT
bukan sesuatu tingkah laku luar biasa atau devian, malah beberapa negara Barat
seperti Belanda dan Britain mengiktiraf kedudukan LGBT. Ia semakin ketara
apabila kajian mendapati 50% rakyat Amerika Syarikat menyatakanbahawa tingkah
laku LGBT adalah sesuatu
yang tabii dan
bukan pilihan hidup mereka.
Dalam agama islam, Allah Azza Wa Jalla sudah
melarang keras hamba-Nya agar tidak masuk golongan orang-orang yang menyukai
sesama jenis, seperti LGBT. Al-Quran sebagai sumber ajaran agama Islam di
dalamnya terdapat sejarah masa lampau yang pernah di alami oleh Nabi Luth
dengan kaumnya. Dimana kaum Luth sangat terkenal dengan saling menyukai sesama
jenis dan akhirnya mendapatkan azab yang sangat pedih. Ini pertanda bahwa
Allah sangat tidak menyukai orang yang saling menyukai sesama jenis. Di dalam firman Nya bahwa:
"Maka tatkala datang azab kami, kami jadikan negeri kaum Luth itu yang diatas
ke bawah (kami balikkan dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang
terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmmu, dan siksaan itu
tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim”
(Surah Al-Hud: 82-83)
Dalam Al-Qur’an kita telah diberi amaran akan bahaya LGBT, sebelum LGBT di zaman sekarang, telah ada pada zaman Nabi Luth yang dihukumi oleh azab yang sangat pedih dan menakutkan. Sesungguhnya, LGBT merupakan merupakan suatu perbuatan yang menyimpang dari fitrah manusia dan sesungguhnya di dalam Islam, hukum LGBT adalah haram.
LGBT dilihat sebagai antara simptom penyakit sosial yang jika tidak dibendung akan memporak-perandakan sistem budaya bangsa dan mengikis nilai sesebuah negara. Isu LGBT ini harus dilihat dari sudut yang lebih besar iaitu nilai kenegaraan. Kita tidak mahu melihat negara mencapai kemajuan dengan mengorbankan nilai murni. Maka, kita amat perlu memantau gejala ini dan dalam masa yang sama, satu proses penerangan perlu dipergiatkan untuk menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda mengenai kemudaratan gejala ini. Kita merayu agar semua pihak untuk turut serta menggalakkan usaha dalam pemupukan nilai murni bagi mempromosikan kesedaran terhadap nilai-nilai murni kemanusiaan yang muriddalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan