Kehidupan ini sama seperti asap yang kelihatan hanya sebentar sahaja, lalu lenyap. Sesungguhnya manusia seperti nafas dan semuanya sia-sia. Ramai yang berharap untuk kehidupan ini dan mereka menganggap inilah 'kampung halaman' yang sebenar. Setiap hari mereka sibuk dengan urusan dunia, mencari duit, bekerja dan bersuka ria. Mereka lupa diri, bahawa saatnya akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita akan kembali ke 'kampung halaman' yang hakiki, iaitu syurga atau neraka. Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Oleh itu, sapulah air matamu dan lihatlah disekililingmu. Masih ramai insan yang belum dikurniakan nasib yang baik seperti diri kita. Mungkin kita merasakan berat ujian yang digalas dipundak ini, sehingga tak terjangkau dek kemampuan diri.
Namun, ingatlah! Jika kita merasakan diri kita ini lemah tak bermaya. Jangan dilupa akan saudara-saudara kita yang masih berat ujiannya. Bagaimana mereka masih lagi tabah tersenyum menghadapi risiko kehidupan yang diberikan olehNya. Sesungguhnya Allah itu langsung tidak menzalimi kita dengan membalas dendam atas kesilapan yang seringkali kita ulangi. TETAPI setiap musibah, ujian dan juga dugaan yang diberikan adalah salah satu tanda bagaimana Allah membuktikan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya. Lantas menyeru dibenak fikiran kita bukti kasih sayang Allah? Benarkah? Benar. Sememangnya fitrah manusia mencari nilai ketuhanan apabila diri diuji dengan rintangan.
Bagaimana kita lihat para solafussoleh yang terdahulu mereka rata-ratannya dari golongan yang paling banyak diuji. Ini kerana, apabila hati kita sering diuji, maka kebergantungan kita kepada Allah semakin kuat berbanding dengan hati yang sering dibajai dengan kemewahan. Lihatlah perbandingan kehidupan antara kehidupan kita dengan saudara kita di Gaza, Syiria. Bagaimana mereka begitu yakin dengan pertolongan Allah berbanding kita yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Oleh itu, jadikanlah segala ujian dan musibah yang menimpa kita inisebagai biji-biji benih yang tunasnya menghala pucuknya ke jalan syurga. Jadilah insan yang redha dalam menerima segala dugaan yang menimpa diri. Mungkin, diri ini masih belum lagi teruji dengan kata-kata sendiri. Namun, percayalah bahawasnya ‘hanya insan istimewa’ sahaja akan menerima pentarbiyyahan secara terus dari Allah. Bersyukurkalah diatas kurniaan benih-benih syurga kerana itulah buktinya Allah bersama dan Dia tidak meninggalkan kita bersendirian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan