Aku Menulis
Bukan kerana nama
Apatah lagi kerana harta
Jauh sama sekali kerana takhta
Aku Menulis
Adalah kerana ianya jiwaku
Adalah kerana ianya perasaanku
Adalah kerana ianya roh jasadku
Aku Menulis
Bukan mencari pujian
Apatah lagi memburu penghargaan
Jauh sama sekali mencipta keegoan
Aku Menulis
Kerana berkongsi perasaan
Kerana mencari pengalaman
Kerana memburu keredhaan
Aku Menulis
Apa yang membungkam di hati
Apa yang tercipta di sanubari
Apa yang berfaedah buat manusiawi
Aku Menulis
Bukan untuk dihargai
Bukan juga untuk dipopulariti
Bahkan bukan untuk di bangga diri
Aku Menulis
Buat umat yang sedang meniti
Buat rakan yang mencari ilahi
Buat teman yang memburu cinta hakiki
Aku Menulis
Selagi nyawa di kandung badan
Selagi kudrat masih berjalan
Selagi ilham datang bertepian
Selagi itu aku menulis
Untuk ummat dan agamaku tercinta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan