Wanita adalah kaum yang
dikenali dengan penuh sifat kelembutan, kelemahan dan kemanjaan mereka yang
tersendiri. Wanita juga dianggap sebagai penyeri dunia, mewarnai kehidupan fana
ini. Kerana dari merekalah, lahirnya keturunan anak cucu Nabi Adam AS. Kerana
ketabahan daripada mereka lah menahan sakit perit maka dapat menambahkan zuriat
umat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Seperti yang kita tahu, sebelum
pengutusan baginda Nabi Muhammad SAW, wanita dijadikan bahan tidak bermaruah di
kalangan arab jahiliyyah. Bagi mereka, wanita hanyalah tempat untuk
melampiaskan nafsu serakah. Wanita juga hanyalah sebagai pembantu rumah atau
hamba sahaya yang boleh diperinah pada bila-bila masa. Malah lebih malang lagi,
di zaman arab jahiliyyah tersebut, anak perempuan dianggap membawa malang dalam
kehidupan sehingga ada dikalangan mereka yang tergamak menanam anak perempuan
mereka hidup-hidup. Inilah antara sikap buruk arab jahiliyyah sebelum perutusan
baginda Nabi Muhammad SAW.
Setelah perutusan baginda
Nabi Muhammad SAW, martabat wanita diangkat, maruah wanita di pelihara dan
dijagai. Syariat menutup aurat telah diperintahkan bagi lebih menjaga dan
memelihara wanita. Islam sangat mengambil berat tentang perihal wanita dan islam
adalah agama yang tidak rasis pada jantina lelaki mahupun perempuan. Malangnya
pada hari ini, ramai wanita dengan sendirinya mendedahkan auratnya dan padanya
pula menjadi suatu kebanggaan dengan mendedahkannya. Anak gadis pula tanpa
segan silu berpakaian seksi yang menjolok mata demi meraih perhatian mata para
lelaki. Meskipun islam telah datang dengan mengangkat martabat wanita,
mensucikan kembali peranan wanita, namun segelintir dikalangan kita ada yang
sanggup melanggar syariat dan mengejar dunia. Hari ini sudah menjadi satu
perkara yang biasa bagi wanita berpakaian seksi mendedahkan aurat. Akibat
daripada perkara tersebut, maka kebanyakkan wanita dieksploitasikan dengan
memaparkan iklan para wanita bertujuan untuk melariskan perniagaan. Wanita
seringkali dijadikan bahan pengiklanan kerana ia menyedapkan mata yang
memandang dengan penuh nafsu.
Hakikatnya, kita perlu sedar
bahwa kita seperti mahu kembali ke zaman arab jahiliyyah. Hal ini kerana kita
sendiri boleh menilai bagaimana maruah wanita zaman ini yang mengejar dunia
dengan berfesyen yang tidak patuh syariah, menelanjang ke sana dan ke sini,
kononya mengikuti arus peredaran zaman. Tidak kurang pula, ada yang memakai
tudung tetapi singkat. Ada juga yang memakai jubbah tetapi ketat. Tidak kurang
pula ada yang memakai baju tetapi menampakkan auratnya. Dalam ajaran islam,
Allah Azza Wa Jalla perintahkan supaya kaum wanita melabuhkan tudungnya dan
memakai pakaian yang sedikit longgar dan labuh. Perintah ini bukanlah suatu
bentuk hukuman bahkan ianya suatu bentuk rahmat, kasih sayang Allah pada kaum
wanita. Malangnya hari ini, fenomena berfesyen muslimah telah meragut syariat
Allah, dengan menggunakan nama islam, namun tidak sempurna dalam mematuhi
syariat. Berjubah tetapi ketat, bertudung tetapi singkat. Islam bukanlah agama
yang menyekat fitrah wanita yang sukakan pada kecantikan,keanggunan dan
kejelitaan. Tetapi islam mempunyai garis panduan untuk kaum wanita lebih
berwaspada dengan lelaki yang kadang kala bernafsukan syaitan bertuhankan
serakah.
Nabi SAW pernah mengkhabarkan
pada kita bahawa wanita itu ialah perhiasan dunia dan Nabi menyambungnya lagi sebaik-baik perhiasan adalah wanita
solehah. Apalah gunanya hidup bermake-up sana sini, namun perintah Allah
langsung diketepikan. Apalah untungnya hidup di dunia ini, dipenuhi dengan
kejelitaan, kecantikan dan keanggunan, namun tidak diredhai Allah. Maka sudah
semestinya menjadi wanita solehah itu adalah impian setiap insan yang bergelar
wanita. Cantiklah, soleklah dan anggunlah berlandaskan ajaran serta didikan
daripada al quran dan as sunnah. Kecantikkan para wanita hanya layak
dipersembahkan kepada si suami semata-mata. Bukan untuk ditayangkan pada
khalayak umum apatah lagi untuk diperdagangkan oleh syarikat-syarikat
pengiklanan. Menjadi wanita solehah barangkali tidaklah mendapat kemashuran
atau pujian di dunia tetapi apalah sangat kemashuran atau pujian di dunia
melainkan yang lebih bernilai adalah keredhaan dari Allah Azza Wa Jalla, Tuhan
yang memiliki segala sesuatu. Wanita solehah, budi pekertinya penuh kelembutan,
pertuturannya penuh hikmah dan kecantikkannya eksklusif hanya pada yang layak.
Berhati-hatilah dengan
promosi fesyen berbentuk muslimah. Terkadang, namanya sahaja muslimah namun
rekaannya tidak memenuhi kehendak syariat. Bukanlah jenama yang kita lihat
tetapi bentuknya yang di nilai supaya selari dengan kehendak syariat.
Eksploitasi nama muslimah akan menjeratkan kita sekiranya gagal mematuhi garis
panduan syariah. Tidak guna bertudung tetapi singkat, berjubah tetapi ketat
kerana bukan tudung yang dinilai dan bukan jubah yang dilihat, tetapi kaedah
menutup aurat yang di pandang oleh Allah Azza Wa Jalla. Wanita solehah juga
senantiasa menjadi maruahnya di hadapan orang. Kegedikkannya dan kemanjaannya
hanya ditunjukkan pada yang layak. Percakapannya adalah apa yang diperintahkan
oleh Allah dan Rasul. Mengumpat, menghina, memaki hamun orang adalah
sifat-sifat yang harus dijauhi oleh seseorang wanita yang berstatus solehah.
Tidak ada yang pernah rugi sekiranya kita belajar dan berusaha menjadi seorang
wanita yang solehah kerana yakinlah, sekiranya kita memelihara dan menjaga
agama Allah dengan mematuhi segala perintahNya maka Allah akan memelihara dan
menjaga kita kembali di dunia mahupun di akhirat kelak.
saya ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yang dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami saya meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi saya dan keluarga saya dan saya telah cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
BalasPadampada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Rossa dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjaman dari ibu Rossa dan dia memberitahu saya memang benar dan saya menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya menyemak akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan ini medium untuk memberi nasihat kepada semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel saya: mirabintimuhammed@gmail.com untuk maklumat dan juga kawan saya Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com