Setiap kali umat Islam memasuki bulan
Ramadan, acapkali Israel Yahudi laknatullah gemar melancarkan serangan terhadap
mereka yang sedang menghidupkan Ramadan dengan amal ibadah soleh. Kegilaan
melancarkan serangan terhadap umat Islam Palestin ini bukanlah suatu cerita
baharu bahkan menjadi wajib mereka bersikap durjana bertuhankan syaitan
menyerang umat Islam di Palestin.
Siapa yang tidak kenal dengan kebiadaban
tentera Israel ini yang saban hari memerangi umat Islam Palestin. Allah SWT
telah merakamkan sikap kekejaman dan kedurjanaan mereka di dalam beberapa ayat
dalam al Quran. Antaranya firman Allah SWT dalam surah al Maidah ayat 64 yang
bermaksud :
"...Dan mereka berusaha
(menimbulkan) kerosakan di bumi. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang
melakukan kerosakan"
Sewaktu zaman Empayar Uthmaniyah,
Palestin adalah sebuah kawasan yang majoriti penghuninya adalah orang
Islam. Setelah kejatuhan Empayar
Uthmaniyah, Palestin telah ditadbir oleh pihak British yang menyokong dasar penubuhan
negara haram Israel dalam wilayah Palestin. Sokongan penubuhan negara haram
Israel ini telah dibuat menerusi Pengisytiharan Balfour pada tahun 1917.
Semenjak daripada itu, pemindahan orang Yahudi ke bumi Palestin bertambah dari
tahun ke tahun tanpa persetujuan dari umat Islam Palestin.
Tanpa persetujuan dan kerelaan umat Islam
Palestin ketika itu, pada tahun 1936 pihak Arab telah memberontak keatas pihak
British dan Yahudi disebabkan tindakan biadap dan tidak bermaruah itu. Untuk
mengatasi masalah ini, pihak British telah menubuhkan Suruhanjaya Peel yang
kemudiannya telah mencadangkan wilayah pentadbiran Palestin dibahagiakan kepada
dua wilayah iaitu wilayah untuk Arab Palestin dan satu wilayah untuk Israel
Yahudi.
Keputusan ini secara tidak langsung telah
membuka ruang kedua-dua belah pihak untuk terus berperang demi mempertahankan
bumi Palestin yang sejak dahulu lagi menjadi milik umat Islam. Pelbagai siri
serangan dan peristiwa bersejarah berlaku seperti Peristiwa Nakbah tahun 1948
yang menyaksikan bangsa Israel Yahudi telah merampas tanah-tanah umat Islam di
Palestin dan mengusir keluar dari Palestin. Peristiwa ini tidak akan pernah
luput dalam ingatan umat Islam Palestin.
Tidak henti setakat itu, malah kekejaman
Israel Yahudi laknatullah ini akan berperang dengan sesiapa sahaja yang
menghalang cita-cita mereka untuk menguasai Palestin. Seperti negara Lubnan,
Mesir dan Syria yang dahulunya mereka bangkit membantah dan mempertahankan hak
Palestin untuk umat Islam. Namun malangnya, gerakan gerila Israel Yahudi
laknatullah ini mendapat bantuan dari sekutunya Amerika Syarikat untuk
memastikan musuh-musuh mereka dapat dikalahkan.
Sejarah umat Islam Palestin bertambah
buruk apabila pada tahun 1949, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah
menerima Israel sebagai negara anggota PBB. Pada tahun sama juga, PBB juga
telah mengarahkan Israel untuk membenarkan umat Islam Palestin kembali ke tanah
air mereka namun dengan kedegilan mereka, enggan membenarkan rakyat bumi
Palestin kembali ke tanah air mereka.
Ketika umat Islam seluruh dunia
menyaksikan adegan kebiadaban Israel Yahudi laknatullah ini, kita juga
tertanya-tanya tindakan PBB yang sejak dahulunya menegaskan untuk memerangi
gerakan terrorist keatas mana-mana negara. Adakah serangan Israel keatas umat
Islam Palestin ini tidak dianggap sebagai terrorist ? Di mana pendirian tegas
dan garang oleh Amerika Syarikat dalam usaha membanteras aktiviti keganasan ?
Diatas sikap kekejaman ini, baru lah kita
dapat kenal wajah sebenar Amerika Syarikat dan PBB yang hanya menjadi kroni Israel
dan tidak lebih sekadar menjadi binatang tunggangan oleh Israel Yahudi
laknatullah. Sesiapa pun Presiden Amerika pasti akan duduk dibawah cengkaman
Israel Yahudi laknatullah. Jadi, kepada siapa lagi yang boleh kita harapkan
untuk menyelesaikan konflik ini jika tidak pada negara-negara Islam sahaja.
Sesuatu perkara selain bantuan kemanusiaan, umat Islam perlu bangkit dan berani
menyatakan bantahan terhadap sikap kekejamam Israel seperti Tun Dr. Mahathir
Mohamed yang begitu lantang dan berani mengkritik Amerika dan Israel.
Marilah kita renungi firman Nya surah an
Nisa' ayat 75-76 yang bermaksud :
" Dan apakah yang menghalang kamu
(lalu kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan)
orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan
kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengannya) berkata " Wahai
Tuhan kami ! Keluarkan kami dari negeri ini yang penduduknya zalim, dan jadikan
bagi kami daripada pihak Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami),
dan jadikan bagi kami daripada pihak Mu seorang pemimpin yang membela (daripada
ancaman musuh). Orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang yang
kafir pula berperang pada jalan taghut (pelamlau). Oleh sebab itu, perangi kamu
pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnnya tipu daya syaitan itu
lemah"
Dalam kitab Ahkam al Quran, karangan Imam
Abu Bakar al Jasas, beliau berkata berdasarkan ayat ini,
"Adalah sesuatu yang diketahui umum
menjadi iktikad seluruh kaum Muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum
Muslimin) dalam ketakutan akibat serangan musuh, dan mereka tidak mampu
menghadapinya sehingga merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka
ketika itu wajib keatas seluruh umat Islam keluar mempertahankan kaum Muslimin
daripada serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi dalam
kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan tumpah darah
kaum muslimin"
Marilah seluruh umat dunia, isu Palestin
ini bukan isu antara agama semata-mata bahkan ianya menjadi isu nasionalisme
yang memerlukan perhatian dan tindakan seluruh umat dunia. Ayuhlah kita
berusaha menyatakan bantahan keras keatas tindakan biadap dan kekejaman mereka
terhadap umat Islam Palestin. Tembakan doa adalah sebaik-sebaik senjata dengan
izin Nya. Semoga Allah menghancurkan cita-cita haram bangsa Israel Yahudi
laknatullah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan