Mana-mana manusia yang waras akal dan fikiran pastinya tidak akan
dapat menerima sebarang bentuk kezaliman dan penindasan yang dilakukan atas apa
jua nama perjuangan sekalipun. Dunia melalui pelbagai persidangan dan
konvensyen selain sesi dialog dan wacana, telah melakarkan berbagai polisi dan
deklarasi bersifat sejagat di peringkat antarabangsa demi memastikan nilai
kesejahteraan dan keamanan dapat dijaga dan dipelihara. Misalnya, Deklarasi
Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1946, Resolusi PBB 487 pada tahun
1981 dan Deklarasi Durban 2001. Kesemua ini antara usaha dunia bagi
mewujudkan keadaan yang aman dan sejahtera. Namun dunia telah menyaksikan suatu
komuniti durjana diatas nama agama Yahudi dan bersendikan ideologi Zionis,
dengan angkuh dan sombongnya telah melanggar akan segala dasar, polisi dan deklarasi
pelbagai pihak. Ini menyebabkan kita dapat melihat pelbagai siri pengkhianatan
yang dilakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Perkataan Yahudi merujuk kepada nama suatu agama yang telah
menyeleweng daripada ajaran asal yang dibawa oleh para Nabi utusan Allah SWT.
Manakala nama Zionis pula merupakan nama suatu gerakan yang bertunjangkan
ideologi politik perkauman yang dianuti oleh mereka yang beragama Yahudi.
Perkataan Zionis adalah merujuk pada nama sebuah bukit yang disebut dengan nama
"Zion", terletak di bandar al-Quds Palestin. Menurut
kepercayaan yang dipegang oleh orang-orang Yahudi, mereka percaya bahawa Nabi
Sulaiman AS telah membina sebuah istana baginda yang bertapak di atas Bukit
Zion setelah Nabi Sulaiman AS telah berpindah dari Hebron ke Baitul Maqdis pada
sekitar kurun ke-11 SM. Oleh itu, bagi orang-orang Yahudi, Zionisme merupakan
suatu simbolik kepada kerajaan bapa Nabi Sulaiman AS iaitu Nabi Daud AS. Maka
dengan itu, nama Zionis dipilih sebagai nama gerakan ini dengan tujuan
menyemarakkan semangat orang-orang Yahudi untuk kembali bangkit membina semula
apa yang dikatakan Haikal Nabi Sulaiman AS yang kononnya pernah dibina di atas
tapak Masjid Al-Aqsa.
Bagi umat Islam, sikap khianat dan keras kepala yang ditunjukkan
oleh mereka ini bukanlah suatu perkara baharu. Bahkan Allah SWT turut
merakamkan sikap buruk pengkhianatan yang telah mereka lakukan. Antaranya
sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 13 yang bermaksud :
"Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka,
Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu
menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di
dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya)
yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang
diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa
dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari
mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka
sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka
kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya"
Ayat ini dengan sebenarnya telah mendedahkan kepada kita watak si
pengkhianat sejak dahulu lagi. Bahkan terdapat juga di dalam kebanyakan ayat
lain Allah memperjelaskan lagi sisi buruk mereka seperti berdusta, tamak dengan
harta dunia, degil dan keras kepala dan pelbagai lagi sisi kemurkaan Allah
terhadap perangai buruk mereka ini. Telah berkata Abu Bakr Jabir al-Jaza'iri di
dalam kitabnya, Tafsir al-Quran al-Aisar, beliau menyebutkan bahawa
Allah telah melaknat orang-orang Yahudi disebabkan pelanggaran mereka terhadap
perintah Allah SWT di dalam kitab Taurat. Selain mereka juga dengan sengaja mengubah
isi kandungan Taurat. Kebanyakan orang-orang Yahudi sangat suka mengkhianati
perjanjian dan sangat kuat permusuhan dan dendam mereka terhadap Nabi Muhammad
SAW. Demikian sebagaimana yang diulas oleh al-Jaza'iri. Maka tidak hairanlah
jika dengan Tuhan pun mereka ini khianat, apatah lagi sesama manusia.
Episod pengkhianatan oleh Yahudi Zionis ini terakam seawal tahun
1949 selepas 32 tahun penjajahan oleh mereka terhadap bumi Palestin yang
direstui melalui Deklarasi Belfour 1917. Pada tahun 1949, telah dimeterai suatu
perjanjian gencatan senjata yang dilakukan antara rejim Zionis dengan Mesir,
Lubnan, Jordan dan Syria. Perjanjian tersebut dibuat susulan perang Arab-Israel
yang berlaku sekitar tahun 1948. Perang Arab-Israel tercetus akibat daripada
penubuhan negara haram Israel setelah diserahkan Palestin kepada mereka. Dalam
perjanjian tersebut, turut dirangka satu ketetapan garis sempadan sementara
yang dikenali sebagai Green Lane yang berada di antara negara haram Israel
dengan Jordan, Lubnan dan Mesir. Pun begitu pengkhianatan telah berlaku yang
tentunya digerakan oleh rejim Zionis. Selain itu, telah diadakan suatu
persidangan yang dikenali sebagai Persidangan Geneva 1973 yang telah
berlangsung di Geneva, Switzerland.
Matlamat persidangan diadakan adalah bertujuan untuk mencari solusi
dan menamatkan konflik Arab-Israel berikutan resolusi 338 yang dikeluarkan oleh
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Melalui resolusi
tersebut, PBB meminta supaya diadakan gencatan senjata ekoran berlakunya perang
Yom Kippur. Namun begitu, pengkhianatan berlaku lagi. Setelah itu, lima tahun
berikutnya iaitu pada tahun 1978, berlaku pula siri episod perjanjian diatas
nama Perjanjian Camp David 1978. Perjanjian yang dimeterai ini boleh dianggap
sebagai langkah awal pihak Yahudi Zionis dan sekutunya Amerika Syarikat dalam
usaha menormalisasikan hubungan antara negara-negara Arab dengan negara haram
Israel. Perjanjian dibuat dan dimeterai oleh Presiden Mesir, Anwar Sadat dan
Perdana Menteri negara haram Israel, Menachem Begin. Pun begitu, perjanjian
tersebut mengundang kemarahan terhadap Mesir dari pelbagai negara seperti
Syria, Lubnan dan Libya. Hasil dari perjanjian tersebut, terciptalah sejarah,
Anwar Sadat menjadi pemimpin Asia Barat pertama yang menjejaki kaki ke negara
haram Isrsel dan berucap di Knesset Israel.
Usaha mencapai perdamaian terus berjalan dan pada tahun 1993,
tercipta lagi satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Oslo 1993.
Permeteraian perjanjian pada kali ini melibatkan antara pihak Yahudi Zionis dan
gabungan parti-parti di Palestin dengan namanya Palestine Liberation
Organization (PLO). Perjanjian yang dimeterai telah ditanda tangani di dua
tempat berbeza iaitu di Washington DC, Amerika Syarikat dan di Taba, Mesir.
Hakikatnya perjanjian ini merupakan usaha perdamaian antara Palestin dan Israel
yang dijana oleh Amerika Syarikat. Dibawah perjanjian tersebut, telah diwujudkan
suatu badan khas yang disebut sebagai Pihak Berkuasa Palestin yang diberikan
sedikit kuasa untuk mentadbir Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Intipati
daripada perjanjian berikut juga telah memperlihatkan proses permulaan
rundingan beberapa termasuklah kedudukan penempatan haram Yahudi, status Baitul
Maqdis dan keabsahan tentera Israel dalam kawasan yang ditadbir oleh PLO.
Malangnya, perjanjian tersebut tidak disebutkan pula tentang mewujudkan negara
Palestin.
Setahun kemudian, pada tahun 1994, satu perjanjian dimeterai di
Arabah, Jordan yang disebut sebagai Perjanjian Damai Jordan-Israel. Perjanjian
yang ditanda tangani ini bertujuan untuk menamatkan konflik berterusan
Arab-Israel. Perjanjian ini juga mencatatkan rekod yang kedua dari Asia Barat
menanda tangani perjanjian damai dengan negara haram Israel. Demikianlah antara
sorotan episod perjanjian dan pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka yang
tidak berhati perut. Terkini, untuk ke sekian kalinya, Yahudi Zionis sekali
lagi mengkhianati perjanjian dengan melanggar arahan gencatan senjata yang
sebenarnya telah memasuki fasa kedua. Pun begitu, sikap pengkhianat tetap kekal
dengan khianatnya terhadap manusia. Apa yang boleh kita pelajari ialah
pentingnya kita bersikap waspada dengan sebarang perjanjian dengan puak
pengkhianat ini. Janganlah kita mudah dibeli dengan kesenangan, kemasyhuran,
takhta kedudukan dan pangkat sehingga sanggup menggadaikan maruah kemuliaan
sebagai seorang Islam. Marilah berdoa agar kehancuran untuk Yahudi Zionis serta
sekutunya. Semoga Allah pelihara kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan