Anti Hadis merupakan antara ajaran sesat yang
menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti
Hadis ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung
kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel
dan seminar yang berkaitan. Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai
pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas
al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai kitab
yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber
perundangan Islam. Untuk menguatkan hujah mereka, beberapa ayat al-Qur’an cuba
diselewengkan tafsirannya. Kebanyakan penyelewengan mereka melibatkan soal
akidah, politik, dan feqah. Dalam soal akidah, golongan ini meletakkan
kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. sekadar pengikut Nabi Ibrahim AS.
Menurut mereka Nabi Ibrahim AS adalah pesuruh
Allah SWT bukannya Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan itu, mereka mendakwa solat,
puasa, zakat, dan amalan-amalan ibadah lain harus mengikut Nabi Ibrahim AS. Golongan
anti Hadis juga menyelewengkan ayat-ayat al-Quran berkaitan politik,
terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan ulama. Mereka mendakwa ulama
dahulu dan kini semuanya palsu, menyelewengkan ajaran Allah SWT, bertopengkan
amalan Rasul serta telah mereka-reka hukum. Mereka mendakwa ulama mencipta hokum
halal-haram, sesat, undang-undang kekeluargaan Islam, dan sebagainya walhal
semua itu tiada dalam al-Qur’an. Bagi mereka ulama sekutu Allah SWT. Jelas di
sini Golongan Anti Hadis ini cuba mentafsirkan ayat al-Qur’an mengikut
seleranya sendiri berdasarkan terjemahan yang lemah. Mereka sebenarnya tidak
mempunyai kepakaran dalam bahasa alQur’an, tidak memahami uslub ayat dan
balaghahnya. Jadi, memahami al-Qur’an berdasarkan terjemahan yang sedia ada
mengakibatkan fahaman mereka tersasar daripada maksud sebenar
Kita akan berasa amat dukacita apabila segala
penyakit terkena kepada akidah, ibadat dan muamalah kaum muslimin.Bagi
seseorang atau sesuatu kelompok yang terpincang dari landasan agama, pegangan islam
mereka bertambah lemah.Malah, mereka cuba mencari formula baru kerana merasakan
Islam sudah tidak berfungsi lagi.Perkara yang sebenarnya, bukan Islam yang
tidak berfungsi, tetapi mereka sendiri yang tidak kembali menghidupkan Islam
yang sebenar atau Islam tulen.Ternyata segala rancangan membangunkan umat tanpa
Islam gagal. Dunia Islam dibaluti dengan pelbagai penyakit.Hal ini semua adalah
berpunca daripada sikap memesongkan agama.Kelemahan akidah ini juga turut
mengundang kelemahan lain.Dengan itu, kita tidak akan ke hadapan dalam agama,
teknologi dan juga pembangunan. Dalam masa yang sama, Barat mengambil alih
kebangkitan kebendaaan dan kemodenan.Barat yang telah kehilangan agama, mengisi
roh tamadun mereka dengan menjadikan harta dan kebendaan sebagai perkara terpenting.
Nilai agama jauh terasing daripada pembangunan
yang mereka usahakan. Seiring dengan hasrat Revolusi Industri, kamus halal dan
haram tiada tempat dalam era ini.Bahkan bagi mereka, terikat dengan agama dalam
menempuh hidup yang lebih selesa serta menikmati kemajuan adalah suatu
kekolotan. Ternyata mereka benar-benar mencapai era pembangunan kebendaan yang
mengagumkan. Hasil daripada kejahilan mereka terhadap agama, mereka telah
tersalah faham dan kecewa melihat keadaan umat. Mereka menganggap isi kandungan
al-Quran dan al-Sunnah tidak berfungsi dalam membangunkan umat. Bahkan terselit
dalam jiwa mereka perasaan bahawa Islam ini kolot, tidak adil dan
seumpamanya.Racun Barat begitu mengalir dalam urat nadi mereka. Mereka juga
lupa hakikat bahawa umat Islam tidak perlu mengambil Barat sebagai asas dalam
membangunkan bangsa.Islam mempunyai asas ketamadunannya yang tersendiri.Ia
telah menganugerahkan umatnya kegemilangan tamadun dalam tempoh yang begitu
panjang. Kelemahan dan kemunduran umat Islam bukan kerana Islam.Sebaliknya
kerana memesongkan Islam.Islam tulen telah dipinggirkan daripada kehidupan
umat.
Kita tidak boleh membina tamadun kegemilangan
dengan membebaskan diri daripada ikatan Islam. Jika kita inginkan ketamadunan
dengan memisahkan diri daripada al-Quran dan alSunnah, tidak perlulah
membinanya atas nama islam.Jika inginkan ketamadunan dalam erti kata yang tidak
difahami oleh Islam, anuti sahaja tamadun Barat dan anggaplah kita sebahagian
daripadanya seperti yang dikempen oleh Taha Hussain. Namun, apabila kita ingin membina
kemajuan atas nama Islam, kita mesti terikat dengan peraturan Islam. Selain
itu, isu-isu yang dibangkitkan di Barat, ia juga turut dibangkitkan di dunia
Islam.Sebagai contohnya, isu hak wanita.Hal ini kerana, terdapat adat istiadat
atau pegangan sesuatu kaum yang menganut Islam, bercanggah dengan ajaran
al-Quran dan al-Sunnah, sekaligus menindas kaum wanita.Begitu juga pegangan
mazhab yang sempit seperti kuasa bapa memaksa anak perempuannya berkahwin
dengan sesiapa yang disukainya. Namun, itu semua bukannya salah Islam.Apa yang
perlu diperbetulkan ialah minda dan pemikiran umat agar kembali kepada Islam
tulen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan