Rasuah merupakan gejala yang sinonim
dengan masyarakat kita pada hari ini. Definisi rasuah secara literalnya
bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan oleh
orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau
untuk mendapatkan sesuatu denagn cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut
undang-undang negara. Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam kalangan
masyarakat kita. Syed Hussein Al Attas menyatakan bahawa rasuah sebagai
penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Menurut Transparency
International, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia berada pada tangga ke 47
daripada 180 buah negara pada tahun 2008 dan keadaan ini amat membimbangkan
kerana gejala rasuah ini memberi kesan yang buruk kepada nama baik negara kita.
Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan maruah Malaysia sekaligus
menimbulkan kesan negatif.
Gejala rasuah di Malaysia berada pada
tahap sederhana dan terkawal. Namun begitu, amalan rasuah masih berlaku dalam
semua peringkat kehidupan manusia. Amalan rasuah juga merupakan penyakit
masyarakat yang sukar diatasi kerana pengetahuan tentang keburukan gejala
rasuah ini kurang diketahui oleh masyarakat pada hari ini. Walau bagaimanapun,
masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan rasuah ini harus sedar bahawa
undang-undang negara kita tidak akan memandang enteng amalan rasuah ini kerana
perkara ini merupakan amalan yang buruk yang boleh menggugat keamanan dan
ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara. Pihak mahkamah akan
menjatuhkan hukuman yang berat kepada pembeeri dan penerima rasuah jika mereka
ditangkap. Statistik terkini menunjukkan bahawa bilangan kes rasuah yang
disiasat meningkat dua kali ganda, daripada 663 kes (2001) kepada 1317 (2006).
Bilangan tangkapan juga meningkat dari 318 (2001) kepada 564 (2006). Jika
amalan ini masih berterusan, ia dapat menggugat keutuhan masyarakat dan tidak
mustahil suatu hari nanti negara kita akan tergadai.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada
puncanya seperti yang nyatakan dalam perumpamaan melayu, kalau tiada angin,
masakan pokok bergoyang. Salah satu puncanya ialah kurangnya didikan agama dan
moral. Hal ini demikian kerana, pegangan agama yang kuat mampu membendung
gejala ini dan setiap agama juga melarang penganutnya melakukan sesuatu yang
boleh memudarkeluarga, masyarakat dan negara. Orang yang tidak mempunyai iman
yang kuat senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering mengejar
kekayaan. Mereka harus sedar bahawa
setiap wang yang dibelanjakan hasil daripada rasuah merupakan wang haram dan
tidak boleh digunakan untuk keperluan harian anak-anak. Hal ini demikian
kerana, dalam agama Islam terutamanya, melarang keras penganutnya melakukan
amalan ini dan jika mereka membeli makanan daripada wang hasil rasuah makanan
itu haram diberikan kepada anak-anak untuk dimakan kerana makanan yang haram
dapat menggelapkan hati manusia. Oleh itu, didikan agama amat penting dan
merupakan asas untuk membendung segala masalah sosial seperti rasuah.
Setiap punca masalah ynag berlaku pasti
ada jalan penyelasaiannya bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Jika kita ingin membendung gejala ini, pasti ada langkahnya. Ibu bapa dan guru
perlu menanamkan nilai murni dalam jiwa setiap anak tentang keburukan rasuah.
Hal ini demikian kerana, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa
sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri sendiri iaitu, ibu bapa sendiri
perlulah menjauhi amalan rasuah kerana jika ibu bapa yang melakukan rasuah dan
cuba untuk menasihati anak-anaknya untuk tidak melakukan perkara itu, nescaya
anak itu tidak akan mendengar nasihat ibu bapanya. Hal ini disebabkan oleh
ketidakcekapan ibu bapa untuk menanam atau memupuk nilai murni dalam diri
anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh berkongsi maklumat terkini tentang
gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya sebagai pengetahuan juga sebagai
teladan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa
dan guru boleh melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang baik
dan benci kepada amalan rasuah.
Kesungguhan daripada pihak kerajaan untuk
membendung amalan ini juga amat penting. Kerajaan telah menggubal Pelan
Integriti Nasional PIN. Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau
rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan
memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat
Malaysi. Institut Integriti Malaysia (IIM), ditubuhkan sebagai agensi
penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Objektif
utama IIM ialah untuk membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti,
berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Kedua dua in juga ditubuhkan bertujuan untuk
memberikan kesedaran dan pendidikan tentang keburukan rasuah. Pada tahun 2008,
Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM telah diluluskan di Dewan
Rakyat dan ia bermaksud SPRM diberi kuasa penuh untuk menghapuskan rasuah. Oleh
itu, rasuah merupakan penyakit yang perlu ditangani segera sebelum ia menjadi
lebih serius.
Tuntasnya, semua pihak tidak kira pangkat atau
harta, mestilah bersatu dan menggembleng tenaga untuk memeastikan rasuah gejala
yang berjangkit ini dapat diatasi. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Rasuah juga terjadi disebabkan faktor
dalaman dan luaran. Rasuah juga berlaku di mana-mana sahaja tanpa batas waktu
dan tempat. Pihak berkuasa terutamanya perlu mengelakkan diri daripada terlibat
dengan gejala ini kerana umum diketahui, ramai pihak berkuasa menerima rasuah
dan tidak amanah melaksanaknan tugas dan tanggungjawab. Harapan saya agar
amalan rasuah ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Tindakan yang diambil
hendaklah saksama dan bukan sekadar terhadap golongan “ikan bilis” tetapi juga
terhadap golongan atasan. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang
berat kerana telah mereka telah menconteng arang kepada negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan