Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) telah membuka tawaran ruang untuk satu penyelidikan tentang kajian
gender ketiga di Malaysia. Kajian ini sesuatu yang menghairankan dan
seolah-olah SUHAKAM mahu membuka topeng mereka disebalik usaha mengiktiraf
golongan gender ketiga ini. Jika diteliti, kajian tersebut seakan satu gerak
usaha untuk mengiktiraf kewujudan gender ketiga iaitu golongan transgender yang
sudah jelas bertentangan dengan norma manusia apatah lagi menyanggahi syariat
Islam.
Barangkali kajian ini mungkin dipandang
sebagai sebuah kajian semata-mata namun sekiranya kita semak semula dalam
pernyataan Dapatan Kajian (Research Outcome and Deliverables) dalam proposal
penyelidikan tersebut dengan jelas dan terang menyatakan usaha untuk memberikan
cadangan kepada pihak kerajaan untuk mengiktiraf gender ketiga iaitu golongan
Transgender.
Usaha tidak bertamadun yang mahu
mengiktiraf golongan Transgender sebagai gender ketiga oleh SUHAKAM ini sangat
bertentangan dan berlawanan dengan norma manusia, budaya dan agama Islam. Dalam
Islam, golongan yang cuba diiktiraf oleh SUHAKAM ini dilaknat oleh Allah SWT
menerusi sebuah hadis riwayat al Bukhari, sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai
wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. "
Berdasarkan hadis ini, perlakuan lelaki
yang menyerupai dan juga sebaliknya pun sudah mendapat laknat Allah, apatah
lagi golongan Transgender yang mengubah ciptaan Allah Azza Wa Jalla.
Lebih-lebih lagi lah dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT. Tanpa kita sedar, penyelidikan
oleh SUHAKAM ini untuyk mengiktiraf gender ketiga sangat serupa dengan kerangka
bentuk pemikiran barat yang selalu melaungkan membela golongan perosak ini
diatas slogan hak asasi manusia.
Kajian tidak bertamadun ini cuba untuk
meresapi dan mencabuli perlembagaan negara yang menjunjung Islam sebagai agama
persekutuan. Walau bagaimana pun, SUHAKAM perlu diingatkan bahawa Islam sangat
melarang umatnya berlainan jantina menzahirkan imej perwatakan yang
mengelirukan. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, baginda Nabi SAW bersabda
yang bermaksud :
“Rasulullah melaknat lelaki yang
berpakaian wanita dan wanita yang berpenampilan dengan pakaian lelaki.”
Mengambil faham berdasarkan hadis ini,
kita akan mendapati bahawa dalam soal pemakaian pun Allah telah melaknat mereka
ini apatah lagi golongan yang tidak diketahui jantina lelaki ataupun perempuan,
lebih-lebih lagi lah dilaknat dan dimurkai oleh Nya. Oleh itu, apakah maksud
sebenarnya SUHAKAM disebalik kajian yang mahu dilaksanakan ini ? Apakah manfaat
dan faedah yang boleh diperolehi dalam usaha memperkasakan nilai dan moral
sebagai seorang manusia ?
Kita percaya, apa yang cuba dibawakan
oleh SUHAKAM ini sangat mirip dengan kerangka pemikiran barat yang selalu
menunggang nama hak asasi manusia bagi membela golongan yang seperti ini.
Akhirnya, sekiranya kita masih mahu melihat dan berdiam diri berpeluk tubuh
sahaja, apakah nasib anak cucu kita kelak ? Bagaimana keadaan sosial negara
yang cuba dirobek hari ini untuk menghalalkan kewujudan golongan tidak bertamadun
ini hidup dalam keadaan normal seperti manusia yang lain. Semoga Allah
memberkati kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan