Kemunculan kumpulan Syiah asalnya
daripada gerakan politik untuk menjatuhkan khalifah Uthman bin Affan. Kemudian
gerakan ini telah berubah corak daripada politik bertukar ke kumpulan akidah
yang seterusnya membawa kepada ijtihad dalam pelbagai bidang termasuklah bidang
fiqh.
Gerakan ini telah dipelopori oleh seorang
lelaki Yahudi berasal dari Madinah yang bernama Abdullah bin Saba'. Beliau
telah merencanakan pelbagai fitnah yang memburukkan Uthman bin Affan dan
memghasut seluruh umat Islam untuk memerangi khalifah Uthman. Menurut kitab
Milal Wa Nihal tulisan al Shahrastani, beliau yakni Abdullah bin Saba'
merupakan orang pertama yang mendewakan Ali sehingga ke peringkat melampaui
batas.
Sikap pelampau golongan Syiah ini telah
mencetuskan pemberontakkan sehingga mengakibatkan pembunuhan khalifah Uthman
bin Affan. Pembunuhan terancang ini telah mencetuskan fenomena ketidak stabilan
politik yang akhirnya menjadikan Ali bin Abi Talib diangkat menjadi khalifah ke
empat menggantikan Uthman bin Affan.
Sejaran pelampau Syiah ini terus tercatat
dalam lembaran sejarah ketika dibawah pemerintahan khalifah Ali bin Abi Talib.
Tatkala keadaan politik masih tegang dan tidak stabil, para penyokong Ali bin
Abi Talib suatu ketika dulu telah menarik semula sokongan terhadapnya ekoran
tindakan Ali bin Abi Talib yang mahu berdamai dengan golongan yang menuntut
bela atas kematian Uthman bin Affan yang diketuai oleh Muawiyah. Akhirnya,
kelompok yang menarik sokongan terhadap Ali ini telah menggelarkan diri mereka
sebagai Khawarij.
Apa yang boleh kita fahami ialah Syiah
ditubuhkan atas dasar kepentingan politik. Agenda pemecahan umat Islam ini
telah berjaya merasuki tubuh umat, termakan fitnah dan berita palsu yang
akhirnya menjadikan punca episod pertelagahan sesama umat Islam bermula. Demi
kepentingan dan cita-cita politik, tanpa kita sedar umat Islam telah menjerat
diri mereka sendiri dengan bermusuhan sesama Islam. Ini adalah sebahagian
episod duka yang merugikan Islam.
Setelah itu, Syiah telah berubah corak
pemikiran. Bukan setakat politik, malah ketaksuban mereka terhadap Ali bin Abi
Talib telah mengheret mereka kepada isu akidah. Antaranya iktikad akidah
terpesong mereka ialah mengangkat Ali bin Abi Talib sebagai imam pertama mereka
sesudah wafatnya baginda Nabi SAW. Iktikad ini berpunca daripada sebua hadis
palsu yang dikenali sebagai "Hadis Ghadir Khum". Mereka percaya
bahawa Ali adalah pengganti sebenar kepada Nabi Muhammad SAW.
Mereka juga percaya bahawa al quran versi
yang ada pada hari ini adalah sebagai tidak sah. Al quran versi sah di sisi
mereka dikenali sebagai "Mashaf Ali". Berbeza dengan kepercaayaan
Ahli Sunnah Wa Jamaah, al quran versi sah yang ada hari ini dikenali sebagai
"Mashaf Uthmani". Seluruh sahabat pada waktu khalifah Uthman telah
sepakat menyatakan bahawa al quran yang telah dilengkapkan isi dan susunanya
pada zaman khalifah Uthman adalah sah dan paling sempurna. Sebaliknya, sikap
fanatik dan ekstrim mereka terhadap Ali telah menolak dan menafikan kesahihan al
quran mushaf Uthmani.
Begitu juga mereka menolak semua hadis
yang diriwayatkan oleh tiga para sahabat besar, Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Mereka menerima hanya hadis-hadis riwayat Ali bin Abi Talib dan kaum
kerabatnya. Oleh itu, Syiah tidak mengiktiraf serta mengakui kesahihan
hadis-hadis yang dikumpul oleh selain daripada imam hadis mereka sendiri.
Disebabkan itu, prinsip hukum syarak dalam ilmu fiqh oleh kaum Syiah dalam
beberapa aspek tidak sama dan berlainan dengan pegangan Ahli Sunnah Wa Jamaah.
Antara konsep keimanan mereka juga
disebut sebagai Taqiyah. Konsep Taqiyah dapat kita fahami nya sebagai suatu
cara mengizinkan kaum Syiah berpura-pura atau menyembunyikan fahaman dan
pegangan mereka dimana pendedahannya boleh memberi kesan buruk kepada diri mereka.
Dalam maksud yang mudah, Syiah telah menghalalkan pembohongan demi merahsiakan
identiti mereka.
Selain itu, dalam soal fiqh munakahat
(perkahwinan), Syiah menghalalkan nikah sementara yang dipanggil "Nikah
Mut'ah". Amalan nikah mut'ah ini biasanya dilakukan oleh orang Arab pada
zaman sebelum Islam. Menurut fatwa mereka, nikah mut'ah boleh dilakukan tanpa
wali dan tanpa saksi. Asalkan wanita yang terlibat bersetuju dan diberi
upahnya. Dengan kata mudah, lelaki dan wanita boleh menikahkan diri mereka sendiri
untuk menjadi suami isteri dan kemudian boleh berpisah dengan persetujuan
bersama.
Demikianlah beberapa kepercayaan kaum
Syiah yang pada awalnya sebagai gerakan politik semata-mata dan berubah dasar
menjadi suatu pegangan agama yang sangat bertentangan dengan pegangan Ahli
Sunnah Wa Jamaah. Terdapat banyak lagi kepercayaan pesong mereka disebalik
wajah taqiyah mereka. Juga perbezaan ibadah kesan daripada menolak hadis-hadis
riwayat sahabat Nabi yang besar. Walau apa pun, umat Islam harus mengambil pelajaran
daripada gerakan ini agar kita tidak terjerumus dalam tipu daya iblis. Semoga
Allah memberkati kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan