Seperti
terpukau aku denganmu
Tatkala
mendengar kemahsyuran menyapa
Terpana
melihat terkaku aku dibuat
Disanjung
disembah
Dijulang
tak rebah
Kiri
dan kanan datang menerpa
Atas
dan bawah bermanis muka
Hormat
diberi kata puji terperi
Hampir
sahaja dunia ini
Ingin ku belI
Manusia
bersangka aku yang mulia
Padahal
dunia hanya mahu berdusta
Itu
tak kira lagi yang bermuka-muka
Esok bersalam
lusa pula menikam
Sungguh
lemah kita di lembah hina
Penghormatan
dikurnia atas bersangka
Sedangkan
Tuhan Mahu Tahu belaka
Di
lembah ini aku berkata
Ya
Rabb ampunkan aku hamba yang hina
Dicelah-celah
pujian mata manusia
Aku
memohon pada yang Esa
Agar
Tuhan tidak mengambil kira
Hitungan
salah oleh manusia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan